Pada kali ini pula, saya akan menceritakan tentang eksperimen kedua
yang diarahkan oleh pensyarah saya. Topic pelajaran adalah mengenai
perbezaan air,udara dan tanah. Saya dan rakan-rakan sekelas telah
dibahagikan mengikut kumpulan air, udara dan tanah. Setiap pelajar perlu
membuat satu eksperimen yang berbeza tetapi mempunyai berkaitan
dengan topic yang telah diberikan oleh pensyarah.
Saya telah mendapat topic udara. Pada mulanya saya ingin melakukan
eksperiment berkaitan dengan udara dan buih sabun. Namun, eksperiment
itu tidak bersesuaian yang KSPK. Jadi saya telah memilih eksperimen ‘TELUR TERAPUNG’.
Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam
atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di
sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan
meneruskan kehidupan.
Bahan yang diperlukan
1. 2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
2. Air paip
3. Garam
4. 2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
Hasilnya
Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas
Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.
Kesimpulan
Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam
dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya
menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan, telur akan terus melalui
air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang
melebihi dari berat air dan ini menyebabkan telur melayang dan
terapung dipermukaan air garam tersebut.
Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES…
”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya
ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.”
Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang
berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana
di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya
mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.
Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur
itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga
dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang
teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh
menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.
Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara di mana-mana jua.
Satu eksperimen yang menarik perhatian semua, syabas
ReplyDelete