Saturday 8 December 2012

Dunia makin canggih manusia jarang berkomunikasi sesama manusia

Pagi ini, saya membaca berita tentang bahawa rakyat korea akan bermain telefon bimbit ketika berada di dalam kereta api elektronik dan mereka berpendapat bahawa apa bateri telefon bimbit mereka hamampir habis mereka akan kecewa dan sedih . Mereka pun jarang berkomunikasi semasa manusia. Apa pendapat kamu?

5 comments:

  1. manusia tak kira dulu atau masa kini, agak malu untuk berkomunikasi apabila bersua muka, tetapi mereka boleh "bercakap" macam-macam sahaja apabila menggunakan telefon bimbit. bukan sahaja korean, malah bangsa-bangsa lain juga begitu.

    ReplyDelete
  2. Manusia semakin meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dek pengaruh kecanggihan teknologi pada era ini. Bukan sahaja bangsa korea, namun ianya semakin menular semua lapisan masyarakat dunia ketika ini.Oleh itu pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan haruslah berbuat sesuatu agar nilai-nilai kemanusiaan terus diamalkan...

    ReplyDelete
  3. Saya berpendapat asalkan kita menggunakan telefon bimbit pada masa yang sesuai, ia tidak akan meninggalkan kesan buruk kepada sesiapapun, dengan ini nilai-nilai kemanusiaan tidak akan diabaikan.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya di Malaysia.kegunaan telefon adalah untuk berhubung diantara satu sama lain.belum lagi ke tahap yang membimbangkan seperti lebih mementingkan gajet tersebut berbanding berkomunikasi dengan orang sekelilingnya.

    ReplyDelete
  5. Komunikasi sesama manusia... Itu berita dari Korea. Kalau nak buat perbandingan, tak perlu lihat skop yang luas seperti Malaysia. Lihat sahaja kehidupan kita dengan persekitaran. Kehidupan kita sesama jiran. Berapa kerap kita berkomunikasi dengan jiran? Kadang-kadang cuma kenal rupa dan senyum dari jauh sahaja. Ternyata kini, komunikasi sesama manusia kian kurang, tidak seperti dulu.

    ReplyDelete